
Gembira adalah perasaan suka di hati kerana mendapat nikmat atau perkara yg disukai. Syeikh Allamah al-Ma’sarawi cerita satu kisah seorang wanita yang membuat compare kegembiraan yang banyak diraih. Mana satukah yang lebih kegembiraan.
Gembira dengan sebab kejayaan dalam pengajian. Gembira dengan berjaya dalam konvo. Gembira dengan berjaya dapat jawatan. Gembira dengan perkahwinan. Gembira dikurniakan zuriat. Gembira dapat rumah baru. Kemudian berjaya khatam hafazan Quran.
Jika dibandingkan semua kegembiraan yang diperolehi, demi Allah tidak menyamai dengan kegembiraan berjaya khatam Quran. Semoga ditahun baru banyak masa kita bersama al-Quran.
31 Dis 2023
Sumber: Dr. Khairul Anuar Mohamad
Baca lagi