
Ada yang berpendapat tamat tasmik Quran 30 juzuk maka tamatlah baca Quran. Tutup Mushaf tanpa muraja’ah. Merisaukan juga ada yang berani letak gelaran al-Hafiz di belakang namanya. Sedangkan dia hanya tamat tasmik dan masih banyak lagi juzuk yang tidak ingat dengan fasih.
Syarat untuk ingat Quran mestilah mengulang paling minima adalah 3 juzuk setiap hari. 5 juzuk lagi afdhal. Yang mengamal kaedah ini adalah sedikit sahaja di kalangan penghafaz Quran. Proses ke arah itu mengambil masa utk membiasakan mengulang Quran menjadi rutin harian.
Syeikh Isa Ma’sarawi memberi satu tips kepada penghafaz Quran untuk mengekal ulang Quran setiap hari. Kamu tidak boleh jadikan ulangan al-Quran sebagai rutin harian sehinggalah kamu jadikannya seumpama mengerjakan solat fardhu. Rasa resah tidak menentu apabila tidak lakukannya. Tidak tenang sehingga dapat tunaikannya.
Apabila dia dapat lakukan sebegitu maka sebenarnya dia telah lakukan satu perubahan. Satu perkembangan yang realiti. Sesiapa yang fokus seluruh usahanya kepada al-Quran maka Allah SWT limpahi seluruh dimensi hidupnya dengan keberkatan. Semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada penulis, yang meviralkan dan pembacanya.
Makkah Mukaramah
16 Jan 2024
Sumber: Dr. Khairul Anuar Mohamad
Baca lagi