
Imam Hafs Al-Kufi adalah sangat masyhur sekali di dalam ilmu qiro’at Al-Quran. Penulisan kali ini AQAR ingin menulis secara ringkas berkenaan biografi beliau.
Ketahuilah bahawa, beliau merupakan seorang imam qiro’at Al-Quran yang masyhur diseluruh dunia dan merupakan periwayat Qiro’at Imam ‘Asim.
Nama Penuh Imam Hafs
Nama penuh beliau ialah Hafs bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud Al-Asadi Al-Kufi. (حفص بن سليمان بن المغيرة بن أبي داود الأسدي الكوفي)
Tahun Kelahiran dan Kewafatan
Beliau lahir pada tahun 90 Hijrah dan wafat pada tahun 180 Hijrah
Murid-Murid Imam Hafs
Beliau mempunyai ramai anak murid yang mengambil riwayat dari beliau. Antara murid-murid beliau ialah
- Ubaid bin Sabbah
- ‘Amr bin Sabbah
- Husain bin Muhammad Al-Maruzi
- Al-Fadhl bin Yahya Al-‘Ambari
- Abu Syu’aib Al-Qawwas
Sanad Bacaan Al-Quran

Begitulah serba sedikit biografi ringkas berkenaan Imam Qiro’at Agung kita Imam Hafs Al-Kufi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan ketokohan beliau. Anda boleh menyertai Sijil Tajwid Al-Quran (STAQ) Riwayat Hafs.
Kelas ini akan bermula pada bulan Februari 2024 nanti.
Tekan butang di bawah untuk mendaftar okay?
Baca lagi