
Baru-baru ini seorang sahabat ada mengeluh bahawa dia terkilan melihat bacaan Al-Quran yang semakin dipinggirkan di dalam acara majlis-majlis rasmi keraian Islam.
Saya dapati perkara yang dikeluhkan itu hampir benar dan saya juga merasa terkilan dengan perkara yang berlaku ini. Sejak beberapa tahun ini saya melihat ruang untuk persembahan bacaan Al-Quran semakin sedikit dn sekejap hinggalah pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan baru2 ini yang nampaknya tiada langsung bacaan Al-Quran diperdengarkan. Amat menyedihkan ![]()
Nah…Kenapa Bacaan Al-Quran Perlu Diperdengarkan Pada Majlis-majlis Rasmi Kerajaan?
Sebahagian orang Islam mungkin merasakan perkara ini terlalu kecil dan tak memberi apa-apa kesan.
Namun saya ingin menjawab bahawa meletakkan Al-Quran dipermulaan acara majlis rasmi negara adalah sangat penting kerana itulah SYIAR UTAMA bagi umat Islam di negara kita.
Mendengar Kalam Allah swt umpama mendengar pesanan-pesanan Allah kepada kita, menyegarkan hati yang mati, menginsafkan hati yang lalai serta memperingatkan kita kepada tujuan dan matlamat kita diciptakan. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”
Mungkin ada yang berkata pula, kita gantikan slot bacaan al-Quran dengan slot tazkirah ringkas daripada asatizah2 tersohor negara..
Mudah saja saya nak tanya..adakah mendengar tazkirah daripada seorang agamawan lebih afdhal drpda mendengar ayat-ayat Allah swt?
Jawabnya sudah tentulah mendengar Kalamullah lebih aula dn afdhal drpd mendengar ceramah mahupun tazkirah kerana Kalamullah 100% benar namun kalam manusia tidak akan mencapai kesempurnaan tersebut. Justeru mengapakah dikesampingkan bacaan Al-Quran? Mendengar Al-Quran walaupun tidak memahaminya sudah tentu ada pahalanya..
Dahulu kala bacaan Al-Quran dikumandangkan oleh qari qariah terbaik tanahair..bacaan sekitar tempoh 10 minit..kemudian dipendekkan lagi 8 minit..kemudian 5 minit..kemudian 3 minit..akhir sekali TIADA LANGSUNG !!! Apakah kita menjadi terlalu berkira dengan air time utk Al-Quran berbanding dengan perkara-perkara duniawi lain?
Demi Allah..mungkin akan ada yang mengecam saya bahkan mengkritik saya di atas tulisan saya ini..namun saya tidak mahu mempedulikan itu semua kerana saya rasa saya perlu bersuara demi memartabatkan Kalamullah, kerana kalau saya tidak bersuara..mungkin perkara ini tidak disedari oleh pihak2 yang berkaitan.
Demi segelintir generasi yang semakin jauh drpada Al-Quran, buta Al-Quran, tidak kenal Al-Quran..maka kembalikanlah memartabatkan Al-Quran termasuk di dalam majlis-majlis rasmi kerajaan pada hari ini mahupun apa jua kerajaan selepas ini.
Wallahualam..akhukum fil Islam
Dr. Anuar Hasin