Akademi Quran Ar Rayyan

Kenapa kita kena belajar tajwid?

kenapa kena belajar tajwid

Kenapa ilmu tajwid kena sering dipelajari? Tak cukupkah sekali belajar zaman kanak-kanak dulu 😄

Jawapannya kerana kefahaman kita akan meningkat seiring dengan peningkatan usia kita. Maka setiap kali kita belajar semula, walaupun ilmu yang sama, tetapi akan memberi kesan yang berbeza mengikut tahap dan usia kita.

Misalnya..

Dulu-dulu, kita belajar bahawa nun sakinah نْ bertemu dengan huruf ي، و، م، ن kena baca dengan idgham disertakan dengan dengung (إدغام مع الغنة). Maka kita pun idgham sahajalah dengan dengung tanpa banyak soal.

Sampai satu tahap, kita belajar pulak bahawa apabila نْ bertemu dengan ي dan و itu dinamakan idgham naqish (إدغام ناقص) manakala نْ bertemu م dan ن diidghamkan secara kamil (إدغام كامل). Kita pun terus membaca.

Kemudian belajar lagi tajwid, belajar belajar lagi, dan belajar lagi. Sambil membaca Al-Quran hari-hari. Then timbul persoalan bagaimana berlaku idgham naqis tadi? Dari mana datangnya dengung (ghunnah) pada huruf wau sedang wau tiada sifat ghunnah. Ohhh, rupanya ghunnah tu datang dari huruf nun sakinah tadi نْ, maknanya zat nun dimasukkan ke dalam huruf wau secara total namun sifatnya tidak masuk semua, berbaki sifat ghunnah pada nun, maka jadilah ia idgham naqis bighunnah.

Kemudian praktikal lagi bacaan, then kita akan dapat kenalpasti beza antara orang yang mengidghamkan nun sakinah kedalam huruf wau dan ya dengan tidak tepat – iaitu secara kamil (bunyi wau semata2 tanpa dengung 👉🏼مْن وّال – dengan orang yang membunyikan ia dengan tepat – iaitu secara naqis 👉🏼 مِن وَال…

Then belajar lagi, maka akan didedahkan pula tentang cara membezakan antara yang naqis dengan yang kamil iaitulah idgham naqis huruf nun sakinahnya tiada tanda sukun dan huruf selepasnya tiada juga tanda tasydid. Manakala yang kamil, nun sakinahnya tiada tanda sukun dan huruf selepasnya bertasydid, tanda masukkan huruf sebelumnya secara sempurna zat dan sifatnya kedalam huruf kedua.

Begitulah ilmu tajwid..

Setiap marhalah kita belajar, maka akan banyak lagi pendedahan yang kita akan dapati.

Ini baru contoh satu juzuk kecil daripada ilmu tajwid. Banyak lagi rahsia-rahsia dan pedoman dalam ilmu ini yang kita perlu cungkil dan pelajari.

Jadi, kalau sahabat-sahabat berminat nak perhalusi dan tambahkan kefahaman dalam ilmu ini, jom join kelas pengajian tajwid online kami. Tak lama pun, 7 bulan sahaja. hihi..

Org kata lama lah 7 bulan tu. Yang express tak dak ka? Saya jawab, ada, tapi bukan dengan kami 😆

Nak pandai kena belajar lama..

Tu pun belum guarantee pandai kalau tak fokus. Inikan main express2..🤗 tak taula..

Kongsikan Penulisan Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top