Tentang Akademi Quran Ar Rayyan
Diasaskan pada 2016 oleh Dr. Anuar Hasin & Ustazah Nur Hazwani Husna, AQAR wujud demi membimbing generasi yang bukan sahaja membaca, tetapi memahami dan mencintai Al-Quran melalui kaedah talaqqi dan tajwid yang sistematik.
Siapa Kami?
Akademi Quran Ar-Rayyan (AQAR) beroperasi di bawah Al Husna Training and Consultancy. Kami menekankan adab pembelajaran, kefahaman (tadabbur) dan ketelitian bacaan (tajwid). Pendekatan kami mengimbangkan tradisi talaqqi bersama kaedah pembelajaran moden bagi memastikan hasil berpanjangan.
Visi
Menjadi institusi Al-Quran yang unggul dalam melahirkan masyarakat celik Al-Quran, berilmu tajwid dan beramal dengan kefahaman yang sahih.
Misi
- Menyediakan platform pembelajaran Al-Quran yang profesional & mudah diakses.
- Membimbing pembelajaran membaca & memahami Al-Quran berpandukan tajwid & tadabbur.
- Melahirkan pelajar yang berdisiplin, beradab & beramal.
Sejarah Penubuhan
2016
Penubuhan AQAR oleh Dr. Anuar & Ustazah Nur Hazwani.
2018–2020
Perluasan program kanak-kanak, tarannum & kelas hujung minggu.
2021–Kini
Pelancaran program bersijil & kelas online interaktif.
Kaedah Pengajaran
Kaedah talaqqi berpandu, modul bertahap dan penilaian berkala membolehkan progres yang jelas untuk setiap pelajar.
Daftar & Penilaian
Analisis awal untuk menempatkan pelajar pada modul sesuai.
Modul Bertahap & Sesi Live
Gabungan talaqqi, tajwid & tarannum (online/fizikal).
Ujian & Sijil
Penilaian berkala dan sijil penyertaan untuk kursus tertentu.
Program Utama

Sijil Tajwid Al Quran Riwyat Hafs
Program pengajian tajwid berpandukan modul Buku PALITA bimbingan 3 murobbi dan tokoh Al Quran tanah air.

Pengajian Tadabbur Muslimat Online
Bengkel tadabbur khusus untuk muslimat secara interaktif.

Kelas Talaqqi Tadarus 30 Juzuk
Program individu atau berkumpulan untuk menyempurnakan tadarus 30 juzuk.
Guru Pembimbing
Tenaga pengajar bertauliah hasil gabungan pengalaman akademik dan praktikal.

Dr. Anuar Hasin
- Pengasas dan Penasihat AQAR
- Pensyarah Kanan Fakulti Quran dan Sunnah USIM
- Johan Qari Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2013
- Pakar dalam bidang Tarannum dan Tajwid Al Quran

Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad
- Pensyarah Kanan Fakulti Quran dan Sunnah USIM
- Ahli Lajnah Tashih Al Quran, Kementerian dalam Negeri
- Pakar dalam bidang Ilmu Al Quran

Ustazah Nor Ruzana Natiah Jaafar
- Pemilik Sanad Qiraat ‘Aasim (Riwayat Hafs Toriq Asy Syatibiyyah)
- Naib Johan Qariah Majlis Tilawah Al Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan JAKIM 2010, 2015, 2017, 2018 dan 2023
- Pakar dalam bidang Tarannum dan Tajwid Al Quran

Ustazah Nur Hazwani Husna Noor Azhar
- Pengasas AQAR
- Pengurus Besar AQAR
- Pembimbing kelas talaqqi dan Tajwid

Ustazah Nazirah Abu Bakar
- Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM
- Pemegang Sarjana dalam bidang dakwah dari UKM
- Pentadabbur Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Ustazah Nur Aqidah Mawardi
- Ijazah Pengajian Islam UKM
- Pengajian Tafsir Mu’tabar dan Hadith Al Ahkam UKM
- Panel Tadabbur Salam Pagi, RTM 1
Adakah Anda Berminat?
Sila klik butang daftar di bawah dan admin akan melayan pertanyaan anda.